Total wakaf sejak 2022 - 32,290 naskah Al-Quran

SATU AYAT

YANG MEREKA BACA

PAHALA UNTUK KITA

Program Wakaf Al-Quran Tahun ke-3 Bersama Yayasan Ade Azhar

"Pahala orang yang berwakaf akan berkekalan selagi harta wakaf itu masih wujud walaupun selepas kematian pewakaf"

wakaf al-quran pu amin
wakaf al-quran

RUGI SANGAT!

KALAU ANDA TAK AMBIL PELUANG INI SEKARANG

WAKAF UMPAMA SUNGAI YANG TIADA PENGHUJUNGNYA..PAHALA WAKAF MENGALIR TANPA HENTI.

'PASIF INCOME AKHIRAT'​

Cuba Anda Bayangkan...

Mereka yang layak menerima wakaf Al-Quran anda ini adalah mereka yang menggunakan Al-Quran Setiap hari!

Wakaf yang anda salurkan sangat-sangat BERBALOI kerana digunakan oleh mereka yang betul-betul memerlukan Al-Quran.

Setiap huruf yang mereka BACA..
Setiap Ayat yang mereka HAFAZ..

Mengalir pahala buat anda

Kenapa Ramai Orang Pilih Ade Azhar Untuk Berinfak?

wakaf al quran 2024

PROGRAM INFAQ ATAS PERMINTAAN

Setiap program infaq al-Quran yang dijalankan oleh Yayasan adalah dari pemohonan daripada institusi atau agensi mengikut jumlah al-Quran yang diperlukan sahaja.

wakaf al quran di masjidil haram

KEWANGAN SETIAP WAKAF DIAUDIT

Setiap program infaq atau aktiviti Yayasan Ade Azhar akan diaudit setiap tahun bagi memastikan aktiviti dan perlaksaanaan program LEBIH TELUS.

TERBUKA UNTUK JOIN AKTIVITI

Yayasan Ade Azhar menjemput sukarelawan yang ingin bersama menyertai program penghantaran Al-Quran ke lokasi yang telah ditetapkan

Yayasan Ade Azhar Merupakan Pemegang Amanah yang diiktiraf

yayasan ade azhar

PU Amin - Duta Wakaf Al-Quran Yayasan Ade Azhar

pu amin

Ini merupakan Al-Quran Premium 35 perkata dalam 1 yang anda bakal wakafkan

Play Video about wakaf quran malaysia

Kenapa Kita Kena Wakaf Al-Quran Sekarang juga?

Berpandukan permintaan terkini yang kami terima.Buat masa ini, kami memerlukan Al-Quran sebanyak..

4,000 Naskah
Al-Quran

Kami terima permintaan dari pusat-pusat tahfiz dan institusi yang sangat memerlukan. Ada yang Quran mereka sudah rosak, koyak, dan ada juga yang musnah disebabkan BANJIR.

REBUT PELUANG  ini untuk berinfak. Saham akhirat ini mampu bantu kita di akhirat nanti.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu). Kecuali 3 perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad

JOM WAKAF AL-QURAN UNTUK DIRI SENDIRI & KELUARGA ANDA SEKARANG!

Terhad Untuk 4,000 naskah sahaja

wakaf alquran

FAQ - SOALAN LAZIM

Apa itu WAKAF JUAL BELI?

Sudut bahasa bermaksud menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Sama seperti jika kita berniat untuk mewakafkan selipar di masjid. Maka kita haruslah membelinya terlebih dahulu di kedai barulah diletakkan ke masjid.

WAKAF AM : Sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hukum syarak. Yayasan Ade Azhar menjalankan wakaf am di mana Al-Quran yang telah di wakaf akan dihantar ke madrasah-madrasah terpilih.

WAKAF KHAS : Wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.

Ini kerana kami memfokuskan kepada mereka yang memerlukan sahaja. Hanya tempat-tempat yang terpilih dan layak untuk menerima naskah Al-Quran seperti Rumah Anak-Anak Yatim, Madrasah, Golongan Asnaf, Muallaf dan sebagainya supaya Al-Quran yang diwakafkan dapat dimanfaatkan pada bila-bila masa.

Al-Quran yang telah diwakafkan akan dihantar ke madrasah yang telah ditetapkan pada satu-satu masa. Buat masa ini, Yayasan Ade Azhar akan mengumpulkan Al-Quran dalam jumlah tertentu dan sekiranya jumlah naskah untuk dihantar telah mencapai jumlah yang diingini, penghantaran Al-Quran akan dilakukan.

Boleh terus berhubung dengan Pegawai syarikat yang sah untuk tahu maklumat serta perkembangan terkini Program Wakaf Quran kami.

Alhamdulillah Al-Quran dari syarikat Ade Azhar Trading mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan telah disemak oleh 25 orang Ahli Lajnah di mana isi kandungannya mengikut garis panduan yang ditetapkan dan tidak mempunyai unsur yang terlarang.

Ya, betul.

Alhamdulillah, Al-Quran ini boleh diwakafkan ke atas nama sesiapa sahaja sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Proses penghantaran Al-Quran ini mempunyai 3 fasa iaitu fasa pertama, mencari tempat agihan wakaf , madrasah atau golongan yang memerlukan naskah Al-Quran.

Fasa kedua pula adalah fasa mendapatkan pewakaf mengikut jumlah naskah yang telah diminta oleh pihak tersebut (yang menerima wakaf).

Dan akhir sekali, adalah fasa penghantaran. Setelah jumlah Al-Quran telah cukup, ia akan dihantar terus ke pihak yang menerima wakaf. Video bukti penghantaran akan disedikan untuk para pewakaf melihat sendiri hasil wakafnya.

Syarikat Ade Azhar Trading mengutamakan tempat-tempat yang memerlukan Al-Quran lebih banyak seperti tahfiz, sekolah agama, golongan muallaf dan lain-lain.

Al-Quran tersebut akan selalu digunakan oleh mereka (yang memerlukan) dan akan terus digunakan oleh orang awam yang lain. Maka pahala wakaf tersebut akan terus mengalir selagi mereka membacanya.

Bagi pewakaf yang mewakafkan Al-Quran secara bahagian sama ada Penama atau Bahagian (Kurang dari 1 Naskah) akan dikumpulkan menjadi nilai untuk 1 Naskah Al-Quran RM200.

Boleh rujuk pakej wakaf yang pihak syarikat Ade Azhar Trading sediakan atau berhubung terus dengan Pegawai sah kami yang bertugas.

Yayasan Ade Azhar hanya menerima transaksi Wakaf Jual Beli melalui Akaun Rasmi Yayasan Ade Azhar melalui gerbang pembayaran yang disediakan sahaja.

Sila pastikan anda tidak memasukan wang wakaf ke dalam mana-mana akaun peribadi.

Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan nama syarikat, boleh terus hubungi HQ Ade Azhar Trading dan tindakan akan dikenakan ke atas individu tersebut.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
Maksudnya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus
biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.”
(Surah Al-Baqarah: 261

YAYASAN ADE AZHAR

NO. 66, JALAN PELABUR 23/A
40300 SEKSYEN 23,
SHAH ALAM, SELANGOR.